lama dah tak berblogging. kamonlah..bila tengok tajuk mesti mata dah bersinar-sinar nak tahu dan nak tahu tentang kahwin. tu lah semenjak masuk umur 23 ni, kalau jumpa member perempuan mesti tajuk wajib pasal kahwin. automatic.
Oleh kerana lama dah tak berblogging aku pun baru nak baca blog kawan-kawan dan bloggers yang menarik untuk dibaca. Antara topic nya ialah make-up kan kawan, cut cost pelamin, pelamin mahal, design, cari tukang solek, colours, so on and so forth. memang semua orang tahu kalau nak kahwin kena pakai duit banyak. jadi, orang yang nak kahwin, kalau takde duit jangan sibuk nak bercinta. gittew eh? kahkahkah
Tapi semangat nak kahwin punya pasal, orang sanggup lah spend masa untuk carik the best jurusolek, carik ilham untuk pelamin bertunang, carik lampu, carik bunga, carik itu dan ini. Baru nak bertunang. Untuk kahwin pulak, kena warna purple, ada shading pink sikit, guests kena pakai peach(kalau bukan peach xleh masuk! ..kidding) Kasut. Beg. Yada yada..
Oleh kerana aku takda feeling akan berkahwin dalam masa yang terdekat, boleh la aku kata sekarang, 'ohmaigod, kenapa lah kahwin ni susah bena.' Mungkin kalau akan berkahwin lagi lah aku serabut agaknya sebab langsung takda nafsu nak fikir pasal semua tu sekarang ni. Oh jangan lupa photographer pun kena ada! Ceh.
Dari aku sekolah menengah kakak sulung dah pesan carik 10 boyfriend dulu untuk kenal perangai lelaki. Aku gelak je. Tak payah nak serabut untuk carik boyfriend sendiri dulu, aku dah serabut dengar kisah cinta-cintun yang penuh onak duri dari kawan-kawan dan orang sekeliling. Pasal bf jealous tak tentu pasal, bf curang, gaduh sebab benda kecik, gf tak memahami, tentangan kahwin dari ibu bapa, habiskan studi,.
Of course tak semua teruk sangat, ada yang sweet tu sweet lah. Bawak gf naek kereta lawa, sanggup tunggu awal pagi buta untuk gi sekolah sama-sama, bf masakkan, anniversary, etc.
Kalau yang kahwin sebab parents gandingkan ada, kahwin orang yang kenalkan pun ada, kahwin sebab partner dah kerja pun ada, kahwin tapi dua2 still studi pun ada. Semua jenis contoh dah terbentang depan mata. Aku cakap kat kakak2 yang ada bagi tips utk carik jodoh ni, aku tak sedia lagi. Dan semua orang yang aku jumpa akan cakap, takkan nak tunggu sedia baru nak kahwin? Tapi aku fikir jugak, kalau aku takda ilmu pasal rumahtangga semua ni macamana nak kahwin? Takkan nak tanggung dosa bertimbun-timbun sebab tak ambil tahu?
Sibuk cerita nak kahwin, boyfriend takda lagi. End of story. Kahkahkah