Friday, May 2, 2014

Fukui: summary

Selepas selesai interview kemasukan uni

  Fukui. Genap sebulan aku dah duduk kat Fukui. Bila lepas selesai interview dan QoS(question on-the spot) untuk masuk uni ni tahun lepas, aku tak sangka aku akan duduk sini, belajar untuk benar-benar berdiri atas kaki sendiri tanpa bantuan senpai. Sebab dalam fakulti ni, aku sorang je Malaysian. Tui. Padahal mostly kat kosen dulu, kakomon yang dapat dari senpai pun tak membantu sebab lain sensei.

**QoS(ayat ciptaan sendiri)
*senpai-senior
*kosen-national kolej jepun. macam sekolah teknik untuk engineers
*kakomon-past year questions
*sensei-cikgu

Annual event: posing dengan memakai pakaian high school jepun

Selesai pembentangan hasil research masing-masing. (tengah: sensei lab)
 Setelah setahun berhempas-pulas dengan research baru dalam fakulti ni, tentang Natural Language Processing, dan teruk dibasuh serta diberus oleh sensei lab perempuan yang senyap-senyap garang ni, akhirnya mampu tersenyum bila selesai pembentangan.*Fake smile,nampak tu?*

Posing depan Eiffel tower, tapi kat Jepun. (Tobu World Square, Nikko)
Oh. Sempena cuti haru dan graduation ni, mom and sis datang bercuti-cuti di jepun. Aku culik diorang ni untuk ke Nikko, tempat yg memang aku nak gi dr dulu tapi takda rezeki.. So 2 hari kami warming up kat Nikko dulu, half day kat Tobu World Square, the next day kat Edo Wonderland, pastu balik Tokyo. Kalau nak cerita the whole journey mungkin kena update blog seterusnya..hee 

 Dan akhirnya kelegaan memegang sijil diploma dalam bidang Information and Science Eng. Fakulti yang membuatkan aku mengigau C gengo masa mula-mula transfer ke Jepun dulu. Ni sebab aku datang dengan zero knowledge tentang electrical dan programming, which is very essential utk fakulti aku ni. Tak lupa juga, taman belakang sekolah yang menjadi saksi aku menangis terhinggut-hinggut sebab tak tahan stress study. *wink*

*C gengo- C language. programming


  Tapi lepas tu aku still masuk uni untuk dapatkan sijil ijazah pulak. Haa orang lain dah sibuk nak carik kerja nado2, aku baru nak posing depan hall untuk nyuugakushiki. ..Lepas sibuk snap2 gambar, kitorang cabut lari. Hilarious benor.

*nado2- dsb
*nyuugakushiki-entrance university ceremony

Warga Malaysia di Fukui yang mrk gelar- Fukuisaurus.
Okeh, ini dulu update basi dari saya. Toodles~